MatGyver.com

Bisnes, Kewangan, Motivasi, Kesihatan & DIY

Suatu hari nanti ini akan bernilai

Pada tahun 1922, Albert Einstein berada di Jepun, menginap di sebuah hotel di Tokyo selepas menerima berita bahawa beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik. Ketika itu, seorang bellhop (pelayan hotel) datang untuk membantu membawa barang-barangnya. Namun, Einstein mendapati dirinya tidak membawa wang tunai untuk memberi tip kepada pelayan itu.

Sebagai ganti, Einstein menulis dua nota kecil di atas kertas hotel dan menyerahkannya kepada bellhop tersebut. Sambil menyerahkan nota itu, Einstein dikatakan berkata, “Suatu hari nanti ini akan bernilai.”

Isi salah satu nota itu berbunyi ringkas tetapi mendalam: “A calm and modest life brings more happiness than the pursuit of success combined with constant restlessness.” (Kehidupan yang tenang dan sederhana membawa lebih banyak kebahagiaan daripada mengejar kejayaan dengan keresahan berterusan). Nota kedua lebih ringkas lagi, berbunyi: “Where there’s a will, there’s a way.” (Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan).

Ternyata ramalan Einstein benar. Hampir seabad kemudian, pada tahun 2017, kedua-dua nota itu dilelong dan mencatatkan harga jualan yang menakjubkan: sekitar USD 1.56 juta!

Kisah ini bukan sahaja menunjukkan bagaimana Einstein dihormati dan dikenang bukan hanya kerana genius sainsnya, tetapi juga kerana kata-kata bijaknya yang terus hidup hingga hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *