Peniaga tak sengaja guna waffle

“Kerana kehabisan kon ais krim, peniaga tak sengaja guna waffle?”

Ampa tau tak kon ais krim yang bercorak waffle sebenarnya inovasi secara tak sengaja oleh seorang penjual waffle? Pada tahun 1904, seorang vendor ais krim tengah berniaga di World’s Fair, St. Louis, Missouri. Dia mula gelabah apabila kehabisan kon ais krim selepas menerima permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

Dia mula bimbang takut mengecewakan pelanggan, jadi dia terus bertemu dengan penjual waffle bernama Hamwi yang berniaga berdekatan. Hamwi berjaya menyelesaikan masalah itu apabila menggulingkan waffle sehingga menjadi bentuk kon lalu menyerahkan kepada penjual vendor ais krim.

Inovasi Hamwi ini dah berjaya menyelesaikan masalah vendor ais krim yang kekurangan kon ais krim. Sampaikan pencipta kon ais krim pertama, Italo Marchiony bagi kredit kat Hamwi sebab menjadi penyumbang kejayaan mereka.

Fuh patutlah jadi peniaga kena kreatif

Sumber : https://www.facebook.com/photo/?fbid=654385586917653&set=a.215745957448287

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *